Tuesday 6 September 2011

Apam dot dot

Sekarang..glamer tu apam ni..so..aku pn try la wat...credit pada Mamasya



ni projek masa bln ramadan dulu...br rajin nk nulis kat sini...


Bahan

2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )
pewarna yg disukai.

Cara.

1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bhgn ( sy guna 2 warna jer..sbb malas..hehehe) mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)

resepi ni memang kesukaan anak2 sbb..mmg sedap dan cantik...so setakat 1 adunan ni..sekalip mata jer abis di ngap anak2...

No comments:

Post a Comment