Tuesday 24 August 2010

Baju Raya Abu


Malam tadi sempat lah memotong kain nak wat baju raya abu....tp x sempat jahit..sebab...aku terpengaruh dgn ajakan jiran utk menyembang kat luar..hahaha...Tapi lepas sahur tadi ku gagahi jua utk menjahit..tu pun cuma sempat jahit seluar jer...baju blm..mlm ni kott....

seluar ni pun guna getah jer..sbb aku pandai wat yg tu jer...senang..sapa2 yg br belajar menjahit kalau nk tahu jahit seluar bdk leh tgk kat
SINI



ok..siap dah baju abu....tu pun ujung tangan ngan ujung baju lum kelim...penat laa...ngantuk pun yer..esok2 jer la buat..




Ni..soh abu posing..bkn main anak bujang mama..ada talent jadi model ni..hihihihi...

Monday 23 August 2010

Sup Gear box Merah


Bulan puasa ni..byk lak citer masak yer..nk wat camner...tgh rajin..lagi pong dh beberapa kali beli kat bazar tp mutu masakan x memuaskan..so kena lah masak..

Bahan-bahannya:

Gear Box -rebus(Boleh gantikan ngan tulang kalau malas nak rebus lama2..)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar-*sweet onion
1 inch halia
1/4 inch lengkuas - di titik jer
5 tangkai lada kering - nak pedas letak lebih)
1/2 tin tomato puree
6 biji buah tomato-potong 4-saya x letak..lupa nk beli..
buah pelaga
bunga lawang
kulit kayu manis
bunga cengkih-skeett jer
daun sup & sadri - tabur
bawang goreng -tabur
minyak masak-secukup utk menumis
air tuk rebus tulang-sukatan nie kita selalu tgk dia tenggelam skit dah ok
2 btg carrrot-*optional

Cara buatnya:

1)Blend cili kering+bawang merah+bawang besar+halia.

2)Tumis bahan blend tadi berserta lengkuas dan rempah ratus*buah pelaga+kayu+manis+bunga lawang+cengkih.

3)Masukkan tomato puree..

4)Dah sudah masukkan ke dlm rebusan gear box/tulang + air biar agak-agak tenggelam gear box/tulang.

5)didihkan biar empuk..agak nak empuk masukkan buah tomato yang dipotong 4 tadi-biar dia didih jap masukkan plak kentang potong dadu tadi ngan carrot*optional.

6)Biar empuk then baru taburkan ngan bawangan yang digoreng tadi berserta daun sup &sadri.

Siap....sedap dimakan dengan roti perancis or gardenia or apa2 roti...

Tuesday 17 August 2010

Daging Goreng Patayya


Sumber : mamasya fotopages.

Bahan-Bahan

500g Daging" Top Side" bhgn peha -dihiris nipis(bhgn ni mudah empuk)
3 ulas bawang putih - cincang Halus
10 btg cili padi & 2 btg cili merah-tumbuk halus
1 labu bawang besar - hiris nipis
4 helai daun limau purut
beberapa helai daun selasih - saya x letak pn..
beberapa helai daun ketumbar - cincang kasar
1 btg serai - hiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 camca besar sos tiram
sedikit gula
garam- sesedap rasa
minyak - utk menumis

cara-cara

1- panaskan api dan tumis serai,cili padi dan cili merah sampai wangi

2- Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, gula, garam dan bawang besar.

3- apabila daging sudah empuk...masukkan daun limau purut,selasih dan ketumbar.

4- Sajikan segera...

Memang meletooop....sodap...

Tuesday 10 August 2010

Danish Tunic

Salam ramadan buat semua....lama sudah berehat dr aktiviti menjahit. Sempena ramadan ni,aku berjaya menjahit sehelai tunic utk Abu..sebenarnya kain ni dibeli utk buat baju tido abu...tp entah..tiba2 nk wat tunic lak...




ni, adik pun sibuk nk posing pakai baju abang...anak dara ni mmg pantang..asal mama jahit baju..semua dia nk pakai....

Friday 6 August 2010

Abah ku...

abah selepas operation


Abah nak msk operation theatre

Mesti ramai tertanya2..napa x dh lama x update blog(ramai ker?)..sebenarnya...agak sibuk sikit sebab..abah wat operation mata..ganti kanta cause katarak...so..saya bercuti 5 ari kerana menemani dan menghantar dan mengambil emak dr hospital...so..mmg x der masa nak pandang blog ni...

sekarang..abah dh ok..dh kuar spital pon..cuma kena wat follow up jer...

moga abah sihat sentiasa..

saya sayang abah saya...

Thursday 5 August 2010

I Love Cheese Tart


Oleh kerana terlalu suka ngan cheese tart..ku gagahi jua utk belajar wat..cedok2 kat google..jumpa resepi ni kat myresepi.com...memang sedap...dan senang...

Bahan-bahan ( 34 bijik-guna bekas size 5.5cm)

Bahan untuk Pastry:125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling-:250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara-cara
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.

Untuk membuat sweet pastry:
pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.

Untuk membuat cheese filling:
pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.