Saturday 8 May 2010

Ayam Masak Serai



hari ni...cuba resepi dr FP mamasya...memang sedap...pekena ngan nasi panas...siap hulur sikit kat jiran sebelah..

Bahan
1 ekor ayam dipotong kecil2
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus(tp saya x rebus pn..cuma masa tumis tu kena lama sikit laa...)

Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2.

cuba la try test...

2 comments:

  1. ayam tu mcm sedap tapi rase xtaulah kan?? tapi lain kali nak snap pki lah pinggan lawa skit.. hihihi

    ReplyDelete
  2. pinggan ni bagus tau..jatuh x pecah..

    ReplyDelete