Wednesday 6 January 2010

Bubur Lambuk


**ni bkn gambo bubur yg aku msk, x sempat snap...amik kat blog lain...pinjam guna ya tuan punya blog..

Tapi , resepi ni memang resepi mak aku...org lain selalu letak kari or rempah2..tp ni simple jer...
Resepi ni aku masak masa cuti tahun baru ari tu...siap tepon mak kat kg minta resepi..maklum org 'pandai' masak..

Bubur Lambuk

Bahan-bahan
2 cawan beras
200 gram daging dipotong kecil-kecil(di rebus dahulu)
40 gram udang kering tumbuk halus
1/2 kotak santan pekat
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
1 bungkus mix vegie (ikut suka..ni kira org malas nyer stail)
3 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara-cara
Tumis rempah tumis dan halia.Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumis hingga kekuningan.Masukkan udang kering.

Kemudian, masukkan air rebusan daging bila rempah sudah berbau.Apabila air mula mendidih masukkan beras yang telah dicuci bersih.Biarkan sehingga nasi menjadi hancur, masukkan air dr masa ke semasa sehingga bubur benar2 lembut..

Kemudian masukkan garam dan lada hitam..seterusnya, masukkan santan..kacau..masukkan jua mix vegie...

Akhirnya, boleh lah dihidangkan dan tabur bawang goreng sebagai hiasan.

No comments:

Post a Comment